AYAT 7 MUNJIYAT
AYAT 7 MUNJIYAT (Ayat-Ayat Pelindung & Penyelamat) Ayat Tujuh/Ayat Munjiyat ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah. Elok sekali sekiranya digabungkan dengan Ayat-ayat Manzil dan Syifa’ untuk pendinding diri yang lebih ampuh dari segala macam kesulitan, gangguan makhluk halus serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit. Cara pengamalan Ayat 7 ini, bergantung kepada kaedah yang disampaikan oleh guru masing-masing. Kalau mengikut apa yang saya pelajari, kaifiat pengamalannya adalah dibaca Ayat 7 ini sebanyak 7x waktu pagi dan 7x waktu petang selama 7 hari berturutan. Selepas itu diamalkan sekali pada pagi dan petang. Intipati mesej yang terkandung dalam ayat-ayat ini adalah total submission to Allah’s will penyerahan mutlak kepadaNya, hanyalah Dia tempat kita bergantung dan hanya kepada Dialah tempat kita berlindung, hanyalah Dia tempat meminta...bukan kepada mak...