Saidul (penghulu) istighfar

 




Dijamin Dimasukkan Dalam Syurga

Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar).

Sesiapa yang membaca Sayyidul Istighfar dijanjikan dengan syurga jika dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga.

Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.

(riwayat Imam al-Bukhari)













Dilapangkan Kesempitan Dalam Hidup

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.

– Riwayat Abu Daud (1518)

Menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh: Sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama al-Hakam bin Mus’ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi.

Menurut Syeikh Muhsin al-‘Abbad al-Badr ketika mensyarahkan hadis ini berkata:

Walaupun hadith ini dhaif dari sudut sanadnya  tetapi maknanya terdapat di dalam al-Qur’an ketika membahaskan berkaitan taqwa di dalam surah al-Thalaq 2 hingga 3. Selain itu, di dalam al-Qur’an juga menyatakan bahawa istighfar merupakan sebab mendapat rezeki sebagaimana di dalam surah Nuh ayat ke 10 hingga 12”.


Rujukan

1. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-168: PENGHULU SEGALA ISTIGHFAR

2. Ustaz Jafri Abu Bakar – Baca Sayyidul Istighfar & Selawat Waktu Pagi & Petang




Comments